14 September 2018

BUDAK SEKOLAH AGAMA JOGET 'BOBO DIMANA' - PU AMIN TERKILAN


"Tadi lalu tepi sekolah rendah agama, saya tengok budak-budak tengah syok joget. Saya pergi dekat budak-budak ni, rupa-rupanya tengah rancak rakam joget lagu Bobo Dimana, joget sambil buat aksi soft porn depan budak-budak perempuan.





"Jadi, ini kesannya. Generasi Islam sudah hancur Ya Allah," tulis pendakwah dan bekas peserta program realiti Pencetus Ummah, PU Amirul Amin yang terkejut dan terkilan melihat segelintir kanak-kanak terpengaruh dengan fenomena lagu 'Bobo Dimana'.

PU Amin berkongsi kejadian melihat budak-budak sekolah agama rancak berjoget lagu tersebut sambil merakamkannya itu menerusi laman Instagramnya.

Kuasa viral dan media sosial zaman ini memang besar, meskipun lagu 'Bobo Dimana' mendapat banyak 'dislike' dan dikecam netizen

Klik untuk gambar besar


Ramai juga masyarakat kita yang rancak sekali membuat parodi dan terikut-ikut dengan gaya tarian lagu tersebut.

Mungkin ada yang memandang isu ini agak remeh tetapi seperti yang kita semua tahu budak-budak memang penuh dengan rasa ingin mencuba dan mudah menyerap sesuatu.

Janganlah terus menyokong lagi aksi tidak senonoh ini, tentu sahaja ia satu perkara yang cukup membimbangkan buat ibu bapa diluar sana.






www.myartis.com / Sumber: Instagram PU Amin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: