14 September 2018

PERKAHWINAN - AMELINA DEDAH TAK RASA BAHAGIA SEPENUHNYA


"Sepanjang menjadi isteri dalam perkahwinan yang bertahan lebih 10 tahun itu, Kaklong tak sepenuhnya menikmati erti kebahagiaan.





"Tak puas merasai indahnya menjadi permaisuri," dedah penyanyi dangdut, Amelina yang mengakui tidak sepenuhnya menikmati erti kebahagiaan sepanjang lebih 10 tahun berkahwin dengan bekas suami, Reduan Mahmood.

Amelina, 44, atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin berkata anak-anak menjadi kekuatan untuknya bertahan.

"Apa yang membuatkan jiwa ini bertahan ketika itu hanyalah anak-anak yang menjadi pengubat hati. Tapi jujurnya tak sekelumit pun Kaklong rasa kesal kerana semua itu adalah ketentuanNya," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Menerusi status sama, Amelina yang popular menerusi lagi 'Asyik' berkata hati wanita ibarat lautan yang penuh rahsia.

"A woman's heart is a deep ocean of secrets! ❤️💋🌺 @amelinasoul #GambarTakdeKenaMengenaDenganCaption #JustSaying #RandomFeeling #NangisBucuKatil #SampaiPeningKepalaNangis #NangisItuTerapiJiwa," katanya.

Untuk makluman, Amelina dan Reduan berkahwin pada 20 Mei 1999 dan sejak mendirikan rumah tangga, penyanyi lagu 'Rindu' itu menghilangkan diri daripada dunia hiburan. Pasangan itu dilaporkan bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan dengan usahawan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri Nur’ Athirah, 17, Putera Al’ Affiq, 16, Putera Al’ Asyraff, 15, Puteri Nur’ Asyurah, 13, Putera Al’ Arffa, 11 dan Putera Al’ Amzar, 8 tahun.








www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Instagram Amelina


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: