18 September 2018

"KELUAR DI MESIN ATM MEPS" - MAS IDAYU HILANG BERIBU RINGGIT


"Kad ini sudah ditutup selepas saya buat laporan tentang kehilangan duit yang terlalu banyak. Pengeluaran terakhir pada 11 September kerana 12 September adalah hari jadi anak saya dan 13 September saya tidak keluar ke mana-mana.





"Tapi saya dimaklumkan ada empat kali pengeluaran dilakukan dalam jumlah beribu-ribu ringgit. Kad ini hanya satu dan pada saya, bagaimana orang lain boleh keluarkan melalui kad lain di ATM bukan secara online.

"Mereka keluarkan di mesin ATM Meps yang sukar untuk dikesan," ujar penyanyi lagu 'Cintaku 100%', Mas Idayu yang mengakui pelik apabila wang itu dikeluarkan menerusi mesin pengeluaran automatik (ATM) sedangkan ketika itu dia berada di rumah.

Mas Idayu mendedahkan perkara itu di laman sosial Instagram miliknya pada Selasa. Sementara itu katanya, dia sudah membuat laporan polis berkaitan perkara terbabit.

Klik untuk gmbar besar


Dalam pada itu, Mas Idayu berkata, kejadian kehilangan duit di bank itu merupakan kali kedua yang pernah dialaminya.

"Ini kejadian kali kedua, pertama dulu saya hanya sekat dan tukar nombor pin baru. Tapi masih berlaku, bagaimana satu kad boleh ada orang kedua buat pengeluaran?" tulisnya.

Tambahnya, dia kini sedang menunggu hasil siasatan polis dan rakaman kamera litar tertutup di ATM yang dikeluarkan. Dia juga meminta orang ramai berhati-hati dengan perkara tersebut.








www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Mas Idayu


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: