21 September 2018

KENA DELETE - PU AMIN POST SEMULA SAJAT 'UGUT GUNA PISAU'


"Semalam Sajat kata nak potong PU Amin ke? Kebetulan hari ini PU Amin dijadualkan berceramah dihadapan pegawai pegawai dan bos tertinggi di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM..





"Polis minta saya buat report sebab dia cakap potong sambil pegang 'Pisau'. Saya nak dia minta maaf dan tarik kenyataan dia dahulu. Saya tak suka report report polis ni, tapi Polis yang minta..

"Gambar bersama Dato Roze DCP PDRM dan Dato Rusli Pengarah JSJK PDRM.. Saya tak suka nak panjang panjangkan cerita.

"Saya nak Sajat, Luna dan Dato Aliff berhenti untuk promosikan lagu Bobo Dimana dan saya minta video haram itu dilucutkan dari YOUTUBE.

Klik untuk gambar besar


"Tidak jumpa dalil yang boleh untuk menghalalkan lagu video bobo dimana. Rakyat Malaysia dah bersuara untuk menolak lagu dan music video bobo dimana.

"Kalau sayangkan generasi ummat islam, tolonglah lembut hati dengar nasihat dan teguran ini.. Kalau Dato Aliff nyanyi bersama perempuan tulen tak apa lah, kami tak mahu promosi transgender songsang di negara ini.

"Hormati transgender yang sedang dan mahu berhijrah. Sekian. 🙂. Saya post balik lepas posting ni tadi kena delete.

"Terus sebarkan," tulis pendakwah dan peserta rancangan Pencetus Ummah (PU), Amin yang masih bertimbang rasa dan meminta Sajat untuk tampil memohon maaf atau beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan sepertimana dinasihatkan oleh pihak polis mengenai ugutan tersebut.



Jelas PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 29, merayu supaya pihak mereka berhenti mempromosikan lagu tersebut yang memaparkan elemen lucah keterlaluan sehingga turut mempromosikan LGBT secara tidak langsung.

Bagaimanapun, tambah PU Amin, situasi itu tercetus apabila dia meminta penyanyi lagu 'Bobo Dimana', Datuk Seri Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucinta Luna menghentikan promosi lagu terbabit.

Kemelut lagu 'Bobo Dimana' mulai tercetus apabila lirik video lagu yang dirakamkan di Indonesia itu didakwa mengandungi elemen lucah dan bersifat keterlaluan.

Namun, ia tidak menghalang ketiga-tiga penyanyi itu untuk mempromosikan lagu viral 'Bobo Dimana' di media sosial.










www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram PU Amin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: