29 September 2018

KENA HACK - ALIFF AZIZ BUKA INSTAGRAM BARU


Nampaknya kali penyanyi dan pelakon Aliff Aziz pula menjadi mangsa apabila akaun Instagram lamannya yang menggunakan nama '@aliffaziz91' digodam oleh pihak tidak bertanggujawab.





Suami kepada Bella Astillah itu memberitahu yang dia menggunakan nama @aliffazizofficial untuk akaun Instagram barunya itu.

"My previous Instagram account has been hacked by an irresponsible individual. My new account is aliffazizofficial on instagram. Do show some love and support my new Instagram account guys. 🖤," tulisnya di Twitter.

Klik untuk gambar besar


"Hey everyone. Unfortunately my previous account was hacked by an irresponsible individual. This is my new account. Let’s start all over again. Time for redemption. #AliffAziz #TimeForRedemption #RDT," tulisnya di IG.

Dalam pada itu, kelihatan akaun yang digodam itu juga telah dipadam membuatkan Aliff kehilangan berjuta pengikutnya. Bukan itu sahaja, tentu ada banyak momen berharga yang turut sama hilang di dalam akaun tersebut.

Selain Aliff, selebriti lain yang pernah menjadi mangsa 'hacker' adalah Azad Jasmin, Emma Maembong dan Jihan Muse dan ramai lagi. Apapun, kami harap Aliff bersabar dengan dugaan ini.






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Aliff Aziz IG & Twitter


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: