29 September 2018

LEPAS WISH - JANNA KINI CAJ RM4,500 (10 MINIT) UNTUK KEJUTAN


Selepas membuat perkhidmatan video ucapan selamat hari lahir berharga RM50 yang mengundang kritikan, kini pelakon dan penyanyi Janna Nick sekali lagi membuat perkhidmatan lain iaitu perkhidmatan 'Kejutan Hari Lahir' selama 10 minit yang berharga RM4,500.





Nampaknya kritikan yang diterima tidak melemahkan semangan Janna sebaliknya dia muncul dengan perkhidmatan baru.

Pelakon drama 'Hati Perempuan' itu telah memuatnaik video contoh perkhidmatan yang diberikan bagi yang inginkannya. Perkhidmatan itu telah mendapat perhatian netizen yang memberi banyak komen kelakar.

Janna Nick sebelum ini dikatakan terdesak dan tiada job apabila memuatnaik mengenai servis video ucapan hari lahir buat peminat di Instagram.

Setelah memuatnaik video itu, Janna telah membuat 10 video ucapan hari lahir buat pelanggannya, bermakna dia menerima bayaran sebanyak RM500 malam itu juga.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, pelakon Nur Fazura telah menempelak segelintir individu yang bertindak meminta bayaran daripada pengikut di media sosial untuk membuat ucapan.

Kata isteri kepada pelakon Fattah Amin itu, tindakan tersebut tidak wajar dan ucapan sepatutnya lahir daripada hati yang ikhlas.

"Pertama sekali ia bukan tentang wang dan jika anda tanya saya, maaf saya rasa tak wajar meminta bayaran. Kalau tak nak buat ucapan, lebih baik jangan buat.

"Daripada anda buat ucapan lepas tu minta bayaran. Macam tak berkat saja nanti minta duit tu daripada orang," katanya memetik laporan Suria yang turut mengakui dia sering membuat ucapan kepada peminatnya tanpa merungut.









www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara, Astro Gempak & Instagram Janna Nick


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: