24 September 2018

KINI SUAMI & BAPA - SHARNAAZ AKUI LEBIH TENANG, 'BARAN' KURANG


"Saya selalu cakap besar. Asal 'sedap' mulut kita saja, saya akan lontarkan pandangan saya. Tak kiralah orang nak setuju atau tidak, itu belakang cerita. Orang nak suka saya atau tidak sekalipun, tak pernah sedikit pun saya peduli. Yang penting saya puas hati.





"Entahlah, tiba-tiba darah yang mudah menggelegak ini dah tak macam dulu lagi. Saya jadi lebih bertenang sekarang, mungkin disebabkan faktor usia kot. Saya dah masuk usia 33 pada tahun ini.

"Lagipun sudah ada anak, elok sangatlah kalau saya berubah," kata pelakon Sharnaaz Ahmad yang mengakui segala sifat panas baran dan mudah melenting kalau diusik itu sudah semakin berkurangan.

Sharnaaz berkata, dia kini lebih tenang dan mengakui kehadiran cahaya mata tercinta, Jebat Jayden Ahmad membuatkan beliau ingin berubah.

Klik untuk gambar besar


Statusnya sebagai suami, Noor Nabila Mohd. Noor, 34, dan anaknya yang lahir pada 30 Ogos lalu itu mendorong kepada perubahan besar dalam hidupnya hari ini.

Nama Sharnaaz Ahmad dahulunya bukan sahaja dikenali sebagai seorang aktor yang mempunyai aura tersendiri tetapi beliau juga seorang yang lantang dalam memberikan pendapat tentang sesuatu perkara. Setiap apa yang beliau katakan pasti penuh dengan ayat 'makan dalam' dan berbisa.

Dalam pada itu, pelakon drama 'Cinta Bukan Kristal' yang baru selesai ditayangkan ini mengakui kehidupan yang dilalui semakin indah pada hari ini. Lebih-lebih lagi saat melihat Jebat di depan mata adalah nikmat tidak terhingga.



Anugerah besar itu membuatkan dia lebih menghargai insan kesayangan di sekelilingnya. Lebih belajar erti tanggungjawab yang pernah dirasakan tidak perlu satu masa dulu.

"Pada hari pertama Jebat dilahirkan, saya keliru dengan perasaan menjadi bapa. Tapi selepas beberapa ketika, perasaan sayang itu semakin menebal apabila ada interaksi antara kami.

"Rupa-rupanya Jebat adalah pelengkap kepada kehidupan saya. Dia adalah segala-galanya," tuturnya yang berkahwin dengan kakak kepada pelakon Noor Neefola pada 31 Mac 2017.

Apa yang penting, Sharnaaz tidak mahu terus begitu dan mahu berubah ke arah yang lebih baik bukan sahaja untuk keluarga tercinta tetap diri sendiri juga.








www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: