24 September 2018

PEMBANTU RUMAH HISAP ROKOK - SAKINAH MINTA PENDAPAT


"Okay, saya baru mendapat tahu pembantu rumah saya perokok... Saya tak tahu nak buat apa. Sudah terlambat untuk mencari pembantu baharu... Adakah saya patut biarkan saja atau beri amaran?





"Saya risau jika saya tiada di rumah, anak saya, Anais yang menjadi mangsa. Buat masa ini, saya tahu dia (pembantu rumah) tidak akan merokok di depan Anais, tetapi saya masih risau," demikian tanya pelakon Sharifah Sakinah kepada pengikut Instagram.

Berkongsi kerisauan dengan netizen, Sakinah yang sedang dalam dilema apabila menyedari pembantu rumahnya perokok itu tidak tahu reaksi yang mahu ditunjukkan kepada pengasuh terbabit termasuk apakah dia patut marah.

Klik untuk gambar besar


Menjelaskan situasi dihadapi, Sakinah berkata, dia risau andai diberi amaran, pembantu rumah akan bertindak balas dengan melakukan perkara tidak diingini terutama kepada anaknya.

Prihatin atas masalah dihadapi pelakon 'Girlfriend Aku Dari Neraka' itu, netizen turut memberi pendapat masing-masing.

Ada yang meminta Sakinah mendapatkan khidmat pembantu rumah lain biarpun kosnya mahal. Selain itu, tidak kurang juga pengikut menasihatkan Sakinah bercakap cara baik dan meminta pembantu rumahnya berhenti merokok.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: