20 September 2018

"LAMA KAMI MENANTI, TAKKAN NAK SURUH ORANG JAGA" - ACHEY


"Sekarang ini saya dan isteri akan bergilir-gilir untuk menjaga Tiara kerana kami tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat dia membesar di depan mata.





"Sudah lama kami menantikan untuk dapatkan anak, jadi bila sudah ada takkan kami nak suruh orang jaga pula.

"Walupun penat bekerja saya akan mencari masa untuk mengaja Tiara dengan isteri dan kalau isteri penat, saya akan 'take over' dan begitulah sebaliknya.

Klik untuk gambar besar


"Kami nak merasa jaga anak sendiri dan akan lakukan yang terbaik untuk Tiara walaupun kadang-kadang tiada masa untuk berehat bagi diri sendiri," kata pelawak dan penyanyi popular Achey.

Mengakui lebih selesa untuk membesarkan sendiri anak angkatnya, Tiara Zinnirah bersama-sama isterinya, Nor Hasanah Yahaya, kata Achey, dia tidak mahu menghantar anaknya ke pusat jagaan dan selesa bergilir-gilir menjaga anaknya itu.

Achey yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah sejak tujuh tahun lalu mengambil Tiara Zinnirah sebagai anak angkat pada Mei lalu.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: