20 September 2018

PERSENDAKAN CALIPH BUSKERS - NABIL DIKECAM, BIADAP


Pelawak Nabil Ahmad tidak dinafikan mampu menghiburkan ramai dengan gaya pengacaraan beliau selepas beberapa tahun mengacarakan program MeleTOP bersama Neelofa. Kata orang, aura Nabil memang sudah cukup serasi dengan program tersebut.





Bagaimanapun, ada netizen yang kurang senang dengan gurauan kasar Nabil terhadap penyanyi Caliph Buskers dimana beliau secara terang-terangan mempersendakan kekurangan kumpulan tersebut dimana ahlinya adalah OKU cacat penglihatan.

Semuanya bermula apabila barisan pelakon filem 'Langsuir' datang untuk mempromosikan filem tersebut. Gimik membawa masuk hantu langsuir selepas lampu di studio padam secara tiba-tiba membuatkan penonton dan Nabil juga terkejut.

Nabil secara bersahaja telah meminta hantu tersebut untuk berdiri berhampiran Caliph Buskers kerana mereka pasti tidak akan menyedarinya.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata netizen menganggap perbuatan Nabil itu agak biadap selain tidak menghormati perasaan orang lain.

Bukan kali pertama Nabil dikritik sebegini kerana lawaknya, tetapi mungkin juga beliau tidak berniat untuk mengguris hati kumpulan Caliph Buskers.

Sudah bertahun bekerjasama, Nabil pun pernah beritahu mereka sudah seperti adik-beradik dan biasa bergurau senda tanpa terasa hati.






ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: