20 September 2018
LELAKI 'D' - AMELINA NAFI BEKAS SUAMI TAPI ORANG LAIN
Sebelum ini ramai yang membuat dakwaan mengatakan lelaki dikenali sebagai 'D' yang disebut anak perempuan penyanyi Amelina dalam laman sosial baru-baru ini adalah bekas suaminya, Reduan Mahmood.
Bagaimanapun penyanyi lagu 'Asyik' itu berkata lelaki 'D' tersebut bukan merujuk kepada bekas suaminya sebaliknya ialah seorang lelaki yang paling rapat dengannya ketika ini namun menegaskan hubungan itu hanya sekadar kawan.
"Bukan bekas suami tapi orang lain... Apa yang boleh saya katakan kami hanya berkawan dan rasanya tidak elok untuk saya bercakap mengenainya secara terbuka.
"Lagipun saya seorang ibu tunggal dan paling penting saya perlu mementingkan keselesaan enam anak saya," katanya ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan barisan 12 peserta program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang diadakan pada Rabu.
Tindakan anak sulungnya, Puteri Nur' Athirah memuatnaik foto di Instastory menimbulkan tanda tanya mengenai status terkini penyanyi itu.
Klik untuk gambar besar
Menerusi dua paparan skrin kiriman e-mel kepada mStar, Athirah mengucapkan terima kasih kepada individu yang dipanggil sebagai 'D' dipercayai singkatan untuk Daddy kerana meluangkan masa bersama mereka sekeluarga.
Malah Athirah turut memuatnaik gambarnya bersama Amelina dan seorang lelaki berbaju hitam namun hanya bahagian bahu dan tangan lelaki itu yang kelihatan dalam foto berkenaan.
Untuk rekod, Amelina dan Reduan berkahwin pada 20 Mei 1999 dan sejak mendirikan rumah tangga, penyanyi lagu Rindu itu menghilangkan diri daripada dunia hiburan. Pasangan itu dilaporkan bercerai pada 2014.
Hasil perkahwinan dengan usahawan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri Nur’ Athirah, 17, Putera Al’ Affiq, 16, Putera Al’ Asyraff, 15, Puteri Nur’ Asyurah, 13, Putera Al’ Arffa, 11 dan Putera Al’ Amzar, 8 tahun.
Dalam pada itu, Amelina tidak menafikan anak-anaknya selesa jika keluar bersama pemuda tersebut yang disifatkan mempunyai sifat kebapaan.
Bagaimanapun katanya, dia tidak terburu-buru mengenai soal perkahwinan kerana tumpuannya kini untuk mencari nafkah buat keluarga dan fokus terhadap pertandingan GV5.
"Alhamdulillah anak-anak semua rapat dengannya mungkin kerana senang dengan sifat kebapaan yang ditunjukkan. Tetapi itu tidak pula membawa maksud lain kerana kami berkawan dan fokus saya pun sekarang untuk keluarga dan karier," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Amelina berkata, dia menerima tawaran daripada pihak Astro untuk menyertai GV5 kerana merasakan sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk berentap bersama penyanyi profesional lain.
Kata Amelina, sebelum ini dia pernah menerima tawaran sama namun terpaksa menolak kerana ingin memberi fokus kepada undangan nyanyian demi mencari nafkah buat keluarganya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment