20 September 2018

REBAH KETIKA MAJLIS - BAPA SYAFIQ KYLE ALAMI PENDARAHAN OTAK


"Menurut doktor, ada berlaku pendarahan pada bahagian otak dan perlu rawatan segera. Bagaimanapun, doktor beritahu kaedah rawatan yang diberi tidak membabitkan pembedahan. Ada potensi untuk bahagian pendarahan itu mengecut tanpa perlu dibedah.





"Buat masa ini, ayah dirawat di pusat perubatan ini kerana doktor mahu memantau keadaannya dari masa ke semasa," kata pelakon Syafiq Kyle mengenai bapanya, Abdul Razak Husin, 55, yang dikejarkan ke hospital selepas rebah ketika menghadiri majlis bersama peminat anaknya mala semalam.

Bapa pelakon drama 'Nur' ini yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi itu masih tidak sedarkan diri serta berada di bawah pengawasan rapi doktor di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya.

Reda dengan apa yang berlaku, pelakon filem 'Langsuir' ini mengharapkan peminat dapat mendoakan kesihatan bapanya akan segera pulih seperti sediakala.

Klik untuk gambar besar


"Dengan keadaan kesihatannya yang tidak menentu dan ada sejarah penyakit darah tinggi, saya memang sudah bersedia dan reda dengan apa yang berlaku.

"Harapan saya akan ada perkembangan yang positif dan saya mohon doa daripada peminat supaya ayah akan segera sembuh," ujar aktor berusia 26 tahun ini.

Insiden yang berlaku pada majlis ramah mesra Syafiq bersama peminat yang diadakan sebuah pusat karaoke di sini, malam tadi, mengejutkan tetamu. Ini kerana sebelum rebah, bapa aktor berkenaan sempat menyanyikan sebuah lagu.

Syafiq yang tiba beberapa minit selepas kejadian, membawa bapanya ke pusat perubatan di sini, untuk mendapatkan rawatan. Turut berada di tempat kejadian adalah ibu Syafiq, Rohaya Sulaiman, 55, dan ahli keluarga lain.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: