20 September 2018

"LEBIH PADA PERASANLAH!" - AERIL ZAFREL KOMEN ISU 'KEMBAR'


Ramai individu cuba mengambil peluang selepas tersebar gambar bogel mirip pelakon Aeril Zafrel dan hal ini termasuk seorang pengguna Instagram yang mendakwa terkena tempias negatif gara-gara isu foto tersebut.





Menjelaskan situasi berkenaan, Aeril berkata yang dia menyifatkan perbuatan tersebut tidak sepatutnya berlaku.

"Kenapa dia nak upload gambar saya? Macam salah itu saya yang buat sedangkan itu bukan gambar saya. Saya tak pernah cakap muka saya sama macam dia pun, dia yang cakap muka dia macam saya.

Klik untuk gambar besar


"Jadi saya rasa situasi ini lebih pada perasanlah! Kenapa dia nak melenting? Dia bukan siapa-siapa pun. Cuma segelintir sahaja follower kenal dia berbanding saya yang satu Malaysia kenal.

"Kenapa dia nak bersikap seolah-olah disebabkan saya, dia yang terkena tempias?" jawab Aeril kepada Astro Gempak.

Baru-baru ini, tersebar sekeping foto bogel yang mendakwa milik Aeril namun pelakon '7 Petala Cinta' itu menafikan sekeras-kerasnya.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: