21 September 2018

"ORANG HUTANG AKU ADA" - AIMAN HAKIM NAFI DAKWAAN FATHIA


"Pertama sekali aku tak pernah hutang dengan siapa-siapa sebaliknya orang hutang aku ada. Ini adalah bisnes. Ia adalah saham.





"Ada keuntungan dan kerugian. Fakta!," demikian tulis pelakon Aimah Hakim Ridza menerusi InstaStory yang tampil menjelaskan dakwaan dibuat bekas teman wanitanya, Fathia Latiff berhubung dakwaan dia masih belum melangsaikan hutang dengan aktres itu.

Terdahulu, Fathia menerusi Instagram miliknya (sebelum status dipadamkan) mendedahkan Aiman masih belum membayar hutangnya selain bertindak menyekat nombor telefonnya apabila dia meminta aktor itu membayar kembali wang tersebut.

Bagaimanapun pelakon drama 'Ariana Rose' itu yang turut menggelar Aiman sebagai lelaki dayus ini tidak menyatakan jumlah wang yang dipinjam kepada pelakon drama 'Girlfriend Aku Dari Neraka' tersebut.

"Ni lagi sorang! Duit aku bila nak bayar? Bila minta duit 'block' panggilan. Kalau handsome takpe la juga. Dayus detected #rempitModeOn @aimanhakimredza," tulis Fathia.

Klik untuk gambar besar


Status Fathia itu menimbulkan reaksi kurang senang ramai pihak terutamanya dari kalangan rakan seperjuangan dalam bidang seni sendiri kerana ia disifatkan memburukkan lagi pandangan masyarakat terhadap golongan artis.

Fathia yang pernah bercakap mengenai perkara ini dalam satu siaran langsung di Instagramnya itu dikatakan telah melaburkan wang berjumlah RM 20,000 untuk sejenis perniagaan di bawah Aiman Hakim.

Bagaimanapun, pelaburan itu mengalami kerugian dan dia hanya menerima pulangan wang berjumlah RM 3,000. Fathia dipercayai mahu Aiman memulangkan baki wang pelaburan tersebut.

Menjawab tuduhan itu, Aiman memberitahu alasan dia menyekat nombor telefon Fathia adalah disebabkan aktres itu merepek dan menggunakan kata-kata kesat walaupun dia bercakap dengan baik.

Bagaimanapun kata Aiman, dia meminta semua mendoakan yang terbaik buat Fathia selain menasihati pengikutnya agar menggunakan media sosial untuk perkara berfaedah.



"Alasan aku 'block' adalah disebabkan you merepek dan mencarut walaupun aku bercakap dengan baik. Pada semua netizen yang positif terima kasih dan aku maafkan yang lain-lain tapi paling terbaik adalah gunakanlah media sosial sebagai benda berfaedah.

"Doakanlah benda yang baik untuk dia," katanya yang pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Fathia selama dua tahun namun mereka berpisah pada 2015.

Bagaimanapun setahun selepas berpisah, Fathia pernah memberitahu hubungannya dengan Aiman kembali pulih sebagai kawan bagi memenuhi tuntutan agama Islam yang melarang memutuskan silaturahim sesama manusia.

Sebelum ini, Fathia pernah bertindak memuat naik gambar penyanyi remaja Ismail Izzani yang sedang berpeluk dengan Zarina Anjoulie dipercayai di sebuah kelab di Instagramnya.

Peliknya kalau betul ingin menuntu hutang dari Aiman selepas menelefonnya, mengapa memadam kembali posting terbabit di laman sosial? Apa sebenarnya Fathia ingin buktikan?












www.myartis.com / Sumber: mStar & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: