21 September 2018

'BOBO DIMANA' DILABEL HARAM - ALIFF SYUKRI 'NAIK ANGIN'


Nampaknya semakin hari semakin hangat kontroversi penghasilan lagu 'Bobo Dimana' nyanyian Datuk Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucinta Luna diperkatakan.





Sudah banyak sekali teguran yang dibuat mengenai lagu yang didakwa berunsur lucah dan merosakkan minda masyarakat.

Antara yang begitu lantang dan sememangnya tidak pernah menyokong lagu tersebut yang bertentangan dengan ajaran Islam ialah PU Amin.

Sebelum ini, beliau pernah meluahkan juga rasa sedih dan kesal apabila budak sekolah agama juga turut terikut-ikut dengan tarian Bobo Dimana dan membuat aksi 'soft porn'.

Klik untuk gambar besar


Mungkin sudah tidak tahan beberapa kali ditegur dengan tegas oleh PU Amin, hari ini Aliff menerusi akaun Instagramnya memuatnaik video luahan perasaan mempersoalkan tugas seorang pendakwah.

Dalam nada yang agak berang, Aliff berkata adakah kerja PU ini hanya untuk mengecam dan mengutuk dirinya selain mencari publisiti murahan kerana tiada 'job'.

Video tersebut menarik perhatian ramai termasuklah Sajat, Luna dan Safiey Illias. Ketiga-tiga mereka turut turut mengkritik PU Amin dan menggelarnya seorang PU Munafik.



Rata-rata netizen yang menonton video tersebut menganggap tindakan jutawan itu keterlaluan dan mencabar agama. Tidak kurang juga ada netizen yang kecewa melihat Aliff yang langsung tidak boleh ditegur.

Buat netizen, mengapa Aliff ingin melatah sedangkan apa yang berlaku adalah kerana dirinya sendiri.

Apapun, kalau tidak mahu dikecam janganlah lakukan sesuatu perkara yang mengundang fitnah. Ada kalanya kita perlu rendahkan ego dan menerima setiap teguran dengan baik.










ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber: Instagram Aliff Syukri & PU Amin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: