03 September 2018

'LAVIDA COIN' - DATUK VIDA NAFI SKIM CEPAT KAYA


"LVC (Lavida Coin) diwujudkan berdasarkan pengalaman saya mendapat pulangan yang baik daripada urus niaga mata wang tersebut.





"Saya komited memastikan LVC ini mematuhi segala peruntukan yang digariskan oleh pihak berkuasa dan diurus berdasarkan tadbir urus yang baik bagi memastikan ketelusannya," kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang tetap tampil mempertahankan 'Lavida Coin' dan menafikan dakwaan perniagaan kripto beliau itu adalah skim cepat kaya.

Sejak Bank Negara Malaysia mengumumkan matawang kripto 'Lavida Coin' milik Datuk Seri Vida tersenarai dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan dan beroperasi tanpa kelulusan BNM, ramai yang mengatakan DSV hanya ingin mengaut keuntungan daripada orang ramai dengan cara mudah dan tidak telus.

Sementara itu, pemilik nama sebenar Hasmiza Othman ini turut menyatakan bahawa dia bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memastikan segala keperluan dari sudut undang-undang dan peraturan dipatuhi.

Klik untuk gambar besar


"Pihak LCV akan mengambil tindakan wajar dan drastik dengan mengadakan perbincangan dengan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam masa terdekat sebagaimana yang diperlukan bagi memastikan urus niaga kami menepati kehendak pihak berkuasa," jelas jutawan tersebut.

Dalam pada itu, Datuk Vida dan pihak LVC meminta netizen untuk berhenti mencetuskan pelbagai spekulasi liar mengenai pelaburan 'Lavida Coin'.

"Kami ingin meminta mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang kenyataan yang mendahului pihak berkuasa berkaitan status LVC.

"Saya berharap semua pihak memberi kepercayaan kepada pihak LVC untuk mengadakan perbincangan dengan tihak berkuasa untuk menyelesaikan segala isu yang dilaporkan," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: