23 September 2018

NONISWARA AKUI NIKAHI AHLI PERNIAGAAN TIGA TAHUN LALU


Selepas sekian lama, pelakon Noniswara Baharudin berkata sebaiknya dia menjelaskan status sebenar demi kebaikan diri dengan memaklumkan dirinya sudah pun kembali memegang status isteri sejak tiga tahun lalu.





"Selama ini, bukanlah saya hendak terlalu berahsia. Cuma, saya berasakan seperti tiada apa yang menarik perlu dikongsi.

"Sebenarnya, saya sudah pun menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan dan perkahwinan kami juga sudah berusia tiga tahun.

"Eloklah juga diperjelaskan status sebenar untuk keselamatan diri. Selama ini, ada yang ingat saya masih 'single' dan cuba untuk 'masuk daun'. Jadi, rasanya memang ada keperluan untuk saya mendedahkan status," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Status wanita cantik ini mula menjadi teka-teki apabila dia menyatakan dirinya sudah pun menjadi isteri kepada individu dikenali dengan singkatan nama TSS di profil akaun Instagramnya.

Untuk makluman, Noniswara bercerai secara taklik dengan bekas suami kedua, Datuk Rosman Ridzwan, pada 2013.

Menerusi perkahwinan pertamanya, pelakon terbabit dikurniakan tiga cahaya mata, Naveer Mihshon Zakaria, 24, Nur Erysha Emyra, 19, dan Nazeer Danish, 11.



Mesra disapa dengan panggilan Nonis, dia juga sehingga kini masih aktif berlakon. Selain drama 'Cinta Bukan Kristal', Noniswara turut membintangi drama, 'Cintaku Di Bumi Izmir'.

"Suami mengizinkan saya berlakon, cuma katanya, janganlah terlalu kerap. Jika sesekali saya muncul di kaca televisyen, tidak mengapa.

"Insya-Allah, kalau ada tawaran menarik pada masa akan datang, saya akan pertimbangkan. Mungkin selepas ini saya ingin berehat selama sebulan atau dua, sebelum kembali semula ke lokasi," katanya.










www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: