30 September 2018

NOVEMBER INI - AIMAN TINO MUNGKIN DIBEDAH BUANG TONSIL


"Saya ada pemeriksaan tonsil di tekak pada 10 November ini dan kemungkinan besar akan menjalani pembedahan buang tonsil waktu itu juga.





"Sebenarnya sudah enam bulan juga saya alami tonsil bengkak tapi pada mulanya ingat tidak serius sebab selepas makan ubat jadi baik semula.

"Tapi selang beberapa hari, tonsil bengkak semula. Buat masa sekarang, tekak saya belum pulih sepenuhnya," kata penyanyi Aiman Tino, 20, yang berkemungkinan besar akan menjalani pembedahan membuang tonsil di bahagian tekaknya pada 10 November depan.

Sebelum ini, Aiman telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta Rawang selepas mengalami demam panas disebabkan tonsil bengkak dan ususnya telah dijangkiti kuman pada Selasa lalu.

Klik untuk gambar besar - Peminat Aiman, Diraf datang melawatnya di hospital


Kata Aiman, dia sudah dibenarkan pulang ke rumah pada Sabtu dan perlu menjaga pemakanan dengan betul selepas ini.

"Alhamdulillah saya sudah dibenarkan pulang selepas lima hari berada di wad. Perut saya pun semakin pulih tapi masih perlu menjalani pemeriksaan doktor.

"Selepas ini, memang saya perlu menjaga waktu makan dan pemakanan dengan betul. Ayah pun sudah berpesan makan kena ikut waktu. Terima kasih kepada peminat yang tak putus-putus mendoakan kesihatan saya," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: