Menerusi laman Instagram, pelakon Nazim Othman, 34, telah memuatnaik gambar dimana dirinya sekali lagi menayang tubuh yang sasa yang mempunyai 'six packs' itu.

Ruangan komen pada gambar tersebut telah dihujani pelbagai komen dari netizen yang rata-ratanya 'cair' serta 'terpesona' melihatnya.
Terdahulu, Nazim pernah mencetuskan fenomena apabila dia tampil 'daring' pada 'Pertunjukan Fesyen Kuala Lumpur (KLFW)' beberapa bulan lepas apabila dia menayang 'six pack'nya.
Meskipun statusnya kini kembali solo selepas bercerai dengan pelakon Bella Dally Mei lalu, namun Nazim tetap menjalani kehidupan sebagai anak seni seperti biasa.
Tidak dinafikan, pelakon Nazim Othman antara selebriti lelaki yang memiliki fizikal lelaki idaman.
Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Instagram Nazim Othman
________________________

No comments:
Post a Comment