30 September 2018

"HAMBA ALLAH TERJUMPA TELEFON, HUBUNGI SAYA" - SHAH ISKANDAR


"Saya yakin telefon tercicir dari beg kerana zip terbuka. Ini kejadian pertama berlaku kepada saya sepanjang menunggang motosikal. Kalau ia dilenyek lori, saya anggap tidak ada rezeki.





"Tetapi kalau ada hamba Allah yang baik hati terjumpa, saya mintak tolong dan jasa baik dapat hubungi saya di Instagram. Saya sangat perlukan telefon itu.

"Telefon itu sangat bermakna buat saya kerana banyak nombor penting di dalamnya selain terdapat gambar kenangan dari tahun 2013," kata pelakon Shah Iskandar yang berharap mana-mana individu yang terjumpa telefon pintar miliknya dapat dipulangkan segera selepas tercicir ketika menunggang motosikal jenis vespa kelmarin.

Shah atau nama penuhnya Shah Iskandar Mahfuz, 36, berkata telefon yang disimpan dalam poket belakang beg galas dipercayai terjatuh di lebuh raya selepas keluar tol Sungai Buloh.

Klik untuk gambar besar


Menurut Shah, dia sempat berhenti di tepi jalan dan berjalan kaki untuk mencari telefon itu. Namun hampa apabila telefon itu tidak dijumpai.

"Apabila menyedari telefon itu tercicir, saya berhentikan motor di tepi jalan. Saya cuba cari di sepanjang jalan.

"Kepada abang yang tolong hantar saya patah balik ke motor, saya nak ucapkan terima kasih dan syukur dapat bantuan.

"Walaupun telefon saya tidak dijumpa, budi abang berkenaan hanya Allah yang akan balas, Insya Allah,” katanya.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: