30 September 2018

AWAL 'DITIPU ORANG TENGAH', PAKAI 'KASUT PALSU'?


Jika dulu isu baju, kali ini pelakon dan pengacara Awal Ashaari sekali lagi terpalit dengan isu barang tiruan iaitu kasut pula. Isu ini menjadi panas dan perbalahan di kalangan ahli streetwear tegar.





Semuanya berpunca daripada sebuah akaun Instagram sebelum ini yang terkenal kerana mendedahkan identiti selebriti yang memakai barangan fake (tiruan) berjenama. Akaun tersebut sebelum ini yang pernah dipadam, kini kembali aktif.

Melalui kenyataan akaun tersebut, kasut yang digunakan Awal adalah tiruan kerana terdapat perbezaan di antara kasut milik selebriti itu dan juga yang asli.

Namun Awal kemudiannya menyatakan bahawa dia memperoleh kasut tersebut melalui cawangan jenama terkenal itu di ibu kota sekali dengan gambar resit pembelian.

Klik untuk gambar besar


Membuatkan cerita lebih menarik, kasut tersebut sebenarnya tidak dipasarkan di Malaysia namun Awal boleh dapat pula dan dia turut berkongsi screenshot di Insta Stories mengenai perbualan di antara pembeli kasut (orang tengah) tersebut.

Apa yang pasti, akaun Instagram yang mendedahkan perkara tersebut dalam masa yang sama menyatakan bahawa Awal perlu berhati-hati selepas ini mempercayai orang untuk mendapatkan kasut baru tersebut.

Isu asli atau fake ini dilihat tidak akan pernah habis kerana asing-masing dengan pendirian sendiri.








www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Isntagram Awal Ashaari


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: