18 September 2018

PERKATAAN 'RETIS': "ITU ADALAH SATU PENGHINAAN" - ADIBAH NOOR


"Mula-mula saya kena betulkan awak dulu. Jangan panggil kami retis, itu adalah satu penghinaan. Retis is a downgrading (merendahkan) ia adalah cara untuk merendah-rendahkan gelaran artis," ujar penyanyi Adibah Noor yang menegur seorang netizen yang memberi gelaran retis bagi merujuk kepada artis di Malaysia.





Tambah penyanyi lagu 'Terlalu Istimewa' itu, retis hanyalah perkataan yang dicipta netizen untuk menghina artis seperti dirinya.

Dalam pada itu, pelawak dan pengacara Jihan Muse turut menyokong kenyataan itu dan menganggap perkataan itu tidak pernah wujud.

Kata isteri kepada pelakon Ungku Haris ini, pekerja dalam bidang seni adalah artis yang diambil daripada perkataan art iaitu seni.

Klik untuk gambar besar


"Lagi dipanggil retis. Perkataan retis tidak pernah wujud ye. Retis tu dicipta netizen dan disambut oleh netizen lalu dihebahkan juga oleh netizen.

"Pekerja dan pelaku seni adalah Artist. Nama pun art. Bak kata Arif Bahran I can't brain this," katanya.

Selain itu, beberapa artis lain iaitu Nabila Huda, Farah Fauzana dan Ariff Bahran turut bersetuju dengan kenyataan itu.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: