18 September 2018

NAFI KEMBALI MENGEMIS - TEGAR BERHATI-HATI, DITEMANI BAPA


"Perjalanan seni saya penuh dengan macam-macam cabaran. Ada saja individu yang cuba mengambil kesempatan dalam kesempitan," kata penyanyi lagu 'Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang', Tegar Septian yang mendedahkan pernah mengalami kerugian ratusan ribu ringgit selepas empat kali ditipu individu berlainan.





Tegar, 17, berkata, ia berlaku ketika mula menceburi industri muzik pada 2013, sehingga 2016 dan bagi mengelak kejadian berulang, Tegar kini sentiasa ditemani bapanya apabila ada urusan membabitkan kerjanya.

"Sudah lebih setahun bapa mengikut saya ke tempat kerja. Saya juga mengambil setiap pengalaman pahit sebagai pengajaran. Kini, saya lebih berhati-hati apabila berurusan dan bergaul dengan orang supaya kejadian sama tidak berulang," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Tegar menafikan khabar angin mendakwa dia kembali mengemis beberapa tahun lalu selepas karier nyanyiannya merudum.

"Tidak, itu hanya cerita lama. Sebenarnya pada 2014, saya terpaksa duduk di rumah selama setahun dan membantu keluarga kerana tawaran persembahan semakin kurang.

"Mujur, rezeki menyanyi masih ada dan pada 2016, saya diberi peluang untuk kembali aktif menerusi single Kau Yang Terbaik," turutnya yang turut memperkenalkan single ciptaan sendiri 'Tetaplah Di Hati' selepas dua tahun tidak mengeluarkan lagu baharu di Malaysia.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: