18 September 2018

"SAYA KETAHUI FOTO BOGEL ITU SETAHUN LEPAS" - AERIL ZAFREL


Sejak Ahad lalu, isu gambar bogel seakan-akan mirip wajah pelakon Aeril Zafrel tular di laman sosial itu bagaimanapun telah dinafikan oleh suami kepada Wawa Zainal menerusi laman Instagramnya.





Biarpun gambar tidak senonoh berkenaan bukan dirinya, Aeril atau nama lengkapnya, Suhairil Sunari, 29, menegaskan sudah sampai waktunya rakyat Malaysia melupakan 'tabiat' menularkan gambar demi mencari perhatian yang tiada penghujung.

Ketika dihubungi Kosmo, pelakon yang baru sahaja melunaskan pementasan teater 'Tanah Akhirku' itu berkata, dia tidak melenting apabila gambar tersebut tular, namun hanya mendoakan yang terbaik buat mereka yang suka mencari publisiti di laman sosial.

"Segelintir orang memang gemar 'membogelkan' orang sesuka hati. Jangan risau, ada balasan buat individu-individu yang suka buat begini. Saya sudah menafikan bahawa gambar bogel itu bukan saya. Lelaki dalam gambar itu tidak bersunat.

Klik untuk gambar besar


"Saya tidak tahu apa motif atau niat individu yang seperti sengaja mengaitkan gambar tidak senonoh itu dengan saya. Biarkan mereka terus berangan. Tidak mengapa, saya okey sahaja. Orang zaman sekarang memang sewenang-wenangnya 'membogelkan' orang lain tanpa memikirkan soal pahala dan dosa.

"Tunggu sahaja balasan Allah buat mereka yang suka menabur fitnah. Untuk pengetahuan anda, saya sudah mengetahui kewujudan gambar itu kira-kira sejak setahun lepas, namun saya biarkan sahaja. Ketika itu, gambar itu dikirim oleh seorang rakan saya.

"Sehingga hujung minggu lalu, ia dikirim semula oleh seorang wartawan bertanyakan sama ada gambar itu adalah saya atau sebaliknya. Terpulang kepada khalayak untuk berfikir selepas melihat gambar itu.

"Saya berharap mereka boleh membezakan mana yang benar, mana yang palsu. Alat kemaluan lelaki itu tidak sunat dan itu memang bukan saya," tuturnya yang dia tidak kisah jika tindakannya memuatnaik gambar berkenaan di laman Instagram akan mengeruhkan lagi keadaan.



Mengenai reaksi isterinya, Aeril memaklumkan Wawa hanya gelak besar bila mendapat tahu dan Aeril menegaskan isterinya lebih mengetahui tentang fizikal sebenar dirinya.

"Saya hanya gelak apabila gambar itu 'timbul' di media sosial. Wawa pun apabila tahu tentang kewujudan gambar itu hanya ketawa terutama apabila ia tular. Dia okey sahaja dan dia juga yang lebih mengetahui tentang fizikal sebenar saya.

"Saya hanya ketawa apabila mendapat tahu gambar itu tular. Saya berdoa semoga individu-individu yang gemar memfitnah orang lain dengan menyebarkan cerita tidak benar dikurniakan hidayah dan petunjuk. Saya tidak boleh halang orang lain menyebarkan cerita yang tidak benar terutama apabila masih memegang status sebagai selebriti.

Semoga mereka yang terlibat dengan penyebaran fitnah ini diberikan balasan yang sewajarnya kelak. Jangan risau, ada balasan buat individu-individu yang suka buat hal begini. Ingatlah, hari ini anda buat tidak baik kepada orang lain, suatu hari nanti ia akan datang semula kepada diri anda," katanya.








www.myartis.com / Sumber: Kosmo & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: