26 September 2018

RAMAI TANYA KENAPA MASUK GV5 - INI JAWAPAN ZAMANI


"Saya percaya dan yakin GV5 mampu menyerlahkan kebolehan saya sebagai penyanyi. Saya akui, ramai yang bertanya, kenapa saya masuk GV5...





"Jawapannya adalah kerana saya tak mahu berada di tempat yang sama. Saya mahu mencabar diri sendiri dan mahu keluar dari zon selesa.

"Pertandingan seperti GV5 sudah pastinya ada cabaran setiap minggu, terutamanya ketika diberi tugasan untuk menyanyikan lagu penyanyi lain. Saya bakal menampilkan sisi berbeza diri saya apabila menyertai GV5.

"Saya bakal menyanyikan lagu orang lain dan ia menjadi satu perkara yang menarik kerana selama ini saya sering menyanyikan lagu sendiri," kata vokalis kumpulan Slam, Zamani yang mengakui ramai pihak yang bertanyakan mengenai keputusannya untuk menyertai Gegar Vaganza 5 (GV5).

Gegar Vaganza musim kelima akan bersiaran selama lapan minggu bermula Ahad, 30 September, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: