26 September 2018

USTAZ EBIT LEW 'PERANGKAP', SAJAT 'TERKANTOI' LELAKI?


Ramai yang mengenali dan kagum dengan kaedah dakwah Ustaz Ebit Lew yang lembut dan beliau tidak malu untuk mendekati insan-insan yang terkapai-kapai dalam 'kegelapan' demi untuk membawa mereka ke kembali ke jalan yang benar seperti remaja bermasalah dan juga golongan LGBT.





Pernah bertemu empat mata dengan usahawan Safiey Illias sebelum ini untuk memberikan tazkirah, kali ini Ustaz Ebit meneruskan dakwah ziarah kasih sayang dengan Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Shahida dan Nur Sajat.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah disaat pendakwah itu secara tidak sengaja telah 'kantoikan' Sajat. Umum mengetahui sehingga hari ini status jantinanya masih lagi menjadi tanda-tanya.

Dalam video tersebut, Ustaz Ebit meminta Aliff memegang tangan isterinya dan kemudian Shahida pula memegang tangan Sajat untuk memberikan contoh bagaimana Nabi menzahirkan kasih sayang kepada keluarga tercinta. Bagaimanapun, Shahida nampak teragak-agak untuk memegang tangan Sajat.

Klik untuk gambar besar


Video tersebut tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai spekulasi. Rata-rata netizen mula mengatakan jika benar Sajat seorang perempuan, tentu sekali Shahida tidak mempunyai masalah untuk berpegangan tangan dengan beliau.

Malah ayat Ustaz Ebit "Eh boleh pegang? Lupa pula, Sorry", membuatkan orang ramai lebih yakin Sajat adalah lelaki.

Pendekatan Ustaz Ebit memang terbaik, dengan lembut bicaranya serta tidak mengenali erti putus asa untuk memberikan motivasi dan berdakwah agar seseorang itu berubah.

Apapun, jika benar Sajat seperti yang didakwa, kita doakan agar satu hari nanti beliau kembali ke pangkal jalan.




VIDEO USTAZ EBIT LEW BERSAMA ALIFF SYUKRI, SHAHIDA  & SAJAT




www.myartis.com / Sumber: Baeutifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: