28 September 2018

SAJAT BAKAL SEDIA KUBUR SENDIRI, MASJID & RUMAH ANAK YATIM


Menerusi Facebooknya baru-baru ini, pengasas produk yang kini bergelar penyanyi, Nur Sajat telah memaklumkan dia tidak sabar untuk membina masjid di atas sebidang tanah yang dibelinya tidak lama lagi.





Malah tulis Sajat lagi, selain masjid turut bakal dibina ialah rumah perlindungan anak yatim dan masjid itu juga turut lengkap dengan alat kelengkapan sempurnakan jenazah serta tempat kuburnya bila dia tiada nanti.

Kata penyanyi 'Makhluk Penggoda' itu, jika tiada aral, projek berkenaan akan siap sepenuhnya pada tahun hadapan.

"Tak sabar rasanya nak bina masjid yang tanah saya beli sendiri keluasan 3 ekar setengah.. Saya nak buat rumah perlindungan anak yatim jugak kat sana.. Kalau boleh, kat tempat masjid tu, saya dah sediakan tempat kubur saya bila tiada nanti.. inshaAllah.

Klik untuk gambar besar


"Dalam tahun depan semua yang saya tulis ini akan siap.. lokasi biarlah dirahsiakan.. Bila dah siap, saya akan umumkan... doakan baik-baik.. Kerana yang baik itu semuanya dari Allah...," tulisnya.

Pada masa sama, status tersebut turut dikongsikan Sajat di laman Instagram miliknya beserta dengan kapsyen.

"InshaAllah.... akan siap pada tahun depan 2019.. di sana semua kemudahan di sediakan.. van jenazah, tempat mandi jenazah, masjid, rumah anak yatim jugak di beri sediakan.. lokasi dirahsiakan.. nanti dah siap.. saya umum kan yer... yang baik datang dari Allah, yang jahat datang dari kita.....🙂," kongsi Sajat.






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Instagram Sajat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: