28 September 2018

AFIEQ DOAKAN WANI BERJAYA DALAM 'LIGA DANGDUT'


"Saya sudah tahu dia akan menyertai program realiti itu sebelum kami berada di Big Stage lagi, dia memang banyak mengadu tentang hal peribadi dan kami sangat rapat.





"Memandangkan usia kami tak jauh beza, jadi kami memang selalu bertukar pandangan dan ambil berat antara satu sama lain, orang kata belajar sama-sama. Semoga perjalanan dia dalam program tersebut dipermudahkan dan berjaya mengharumkan nama Malaysia.

"Saya yakin dia mampu beraksi cemerlang di pentas 'Liga Dangdut'," kata pelakon dan penyanyi Afieq Shazwan yang mendoakan teman rapatnya iaitu penyanyi Wani Kayrie berjaya mengejar cita-cita dan beroleh kemenangan dalam pertandingan 'Liga Dangdut' di Indonesia bulan depan.

Afieq, 21, berkata sebagai sahabat yang sudah berkawan sejak tahun 2012 lagi itu sentiasa memberikan sokongan dan mengharapkan yang terbaik, malah menganggap wanita tersebut seperti adiknya sendiri.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, timbul gosip kononnya kedua-dua peserta Big Stage ini menjalinkan hubungan cinta, namun mereka menafikan khabar angin tersebut.

Afieq memberitahu hubungannya dengan Wani hanyalah sekadar kawan dan sudah mengenali penyanyi lagu 'Aku Suka Kamu' itu sejak tahun 2012 lagi.

"Saya kenal dia semasa saya berumur 14 tahun lagi, masa itu dia sertai sebuah pertandingan nyanyian kanak-kanak dan saya pula pengacara.

"Wani ni manja orangnya dan saya anggap dia macam adik sahaja, mungkin sebab rapat sangat orang ingat bercinta tapi hakikatnya sekadar kawan," ujarnya.



Ditanya sama ada dia akan terbang ke Indonesia bagi memberi sokongan kepada Wani, Afieq berkata ia bergantung kepada situasi.

"Insya-Allah, saya akan pergi sana... tapi kalau duit cukuplah," guraunya yang mendapat tempat ketiga dalam 'Big Stage'.

Pada pentas akhir Big Stage, Ahad lalu, Wani berkongsi persediaan untuk menyertai program Liga Dangdut Asia di Indonesia.

Wani memaklumkan dia akan berangkat ke negara tersebut pada 15 Oktober dan menetap di sana sepanjang program berlangsung.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: