28 September 2018

BILA WAJAH RATU CANTIK FILIPINA GABUNGAN NEELOFA & FAZURA


Wajah ratu cantik Filipina dan ratu cantik antarabangsa 2016, Kylie Fausto Verzosa telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen di laman sosial.





Nama Kylie mula diperkatakan selepas laman Twitter rasmi World Health Organization (WHO) berkongsi video dia menjadi jurucakap kempen kesedaran masalah kemurungan.

Video tersebut diulang kicau (retweet) oleh pemilik akaun bernama @fitrazak yang mengatakan wajah wanita itu adalah gabungan dua selebriti tempatan, Neelofa dan Nur Fazura.

"Eh macam Fazura gabung Neelofa," tulisnya yang berpendapat wajah Kylie adalah gabungan Neelofa dan Fazura.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata pengikut di laman sosial turut bersetuju dan ada juga yang membuat senarai persamaan yang ada pada model yang berasal dari Filipina itu.

"Rambut = Fazura. Mata = Neelofa. Suara = Fazura. Bentuk muka = Fazura. Bibir = Fazura. Gigi = Fazura dan senyum = Neelofa," tulis pemilik akaun bernama Arina.

Malah, suara dan lenggok bicara Kylie juga seakan dilihat seperti pelakon, pengacara dan usahawan terkenal itu. Menariknya, Kylie juga mempunyai tahi lalat di bahagian muka sama seperti pengacara program Meletop tersebut.

Dalam pada itu, ramai juga berpendapat Kylie turut memiliki iras wajah seperti Izara Aishah, Maya Karin, Tya Ariffin dan beberapa selebriti Malaysia.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: