28 September 2018

ADAM UPSR - MISHA OMAR 'MIGRAIN', 'GASTRIK SAMPAI MUNTAH'...



"UPSR 2018, ibu punya panic attack, kena mild fever, migraine 3 hari berturut-turut, gastric takleh makan & muntah-muntah, badan bloated for no reason.. Ehhhh lu stress pehal Kak Mitch???? Adam leksss jerrrr!!!! Anak oh anak... Ibu nak perform pun tak stress mcmni..





"Bersedialah ibu, kalau umur panjang, Adam pt3 bila ibu umur 39thn and SPM masa umur ibu 41thn... masa tu drip air kolah masjid gamaknya kat badan demi nakkan ketenangan hahahahahahhahaahahhaha!!!!  🤣🤣🤣🤣🤣🤣," demikian kata penyanyi Misha Omar.

Penyanyi lagu 'Bunga-bunga Cinta' ini berkongsi momen melucukan dan mendebarkan ketika anak angkatnya, Muhammad Adam Emir mula menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini, menerusi laman Instagram.

Klik untuk gambar besar


Kongsi Misha, selain stress, perasaan gementarnya lebih kuat dirasakan ketika itu berbanding waktu membuat persembahan.

Tambah Misha, tidak mustahil untuk dia berdepan situasi sama sekali lagi apabila anaknya menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.

Perkongsian mencuit hati itu mendapat pelbagai reaksi netizen malah ada yang berkongsikan momen-momen lucu ketika menemani anak masing-masing ke dewan peperiksaan.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Misha Omar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: