28 September 2018

VIDEO - RAMAI NGERI LIHAT 'MULUT' BETO KUSYAIRI 'DIJAHIT'


Baru-baru ini menerusi laman Instagram, jurumekap kesan khas terkenal, Ella Sandera telah berkongsi video 'mulut' pelakon Beto Kusyairy sedang 'dijahit'.





Jahitan di 'mulut' itu merupakan salah satu kesan solekan khas yang dilakukan untuk Beto dalam drama bersiri 'Sembilan' arahan Razaisyam Rashid.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengakui ngeri melihat kesan jahitan terbabit. Ada juga pengikut Ella yang turut memuji hasil kerja solekan khasnya yang kelihatan sangat realistik.

Menurut Beto, ia merupakan suatu pengalaman baru apatah lagi apabila berpeluang bekerjasama dengan jurusoleh kesan khas terkenal itu.





"Pasukan kesan khas buatkanterlebih dulu mole (acuan) tersebut lebih kurang sebulan awal. Jadi apabila ditambah dengan silikon serta beberapa kandungan lainnya, jadi nampaknya 'begitu'.

"Sekejap saja buatkan acuan tersebut, lebih kurang dalam 15 ke 20 minit. Cuma 'pemasangannya' yang ambil masa dalam 40 minit. Yang buat pun sudah pro kan? Jadi tidaklah ambil masa yang terlalu lama. Satu pengalaman baru jugalah mulut kena jahit," seloroh Beto.

Ditanya mengenai babak berkenaan secara terperinci, Beto memberitahu ia merupakan pembalasan terhadap apa yang dilakukan beberapa ketika sebelum mulutnya 'dijahit'.



"Sebelum adegan tersebut, saya ada bergaduh dengan isteri, lakonan Atiqah Hasiholan di depan anak tiri (Bima azrel). Jadi kerana itulah saya mendapat pembalasan. Malamnya, mulut saya dijahit," kongsi Beto menerusi drama arahan Razaisyam Rashid itu.

Drama mini bersiri 10 episod berjudul 'Sembilan' yang mengangkat genre seram ini merupakan sebuah lagi naskah premium eksklusif yang menyaksikan kolaborasi nusantara antara Malaysia dan Indonesia di bawah payung penjenamaan 'Astro Original Series'.

Sesi penggambaran memgambil masa lebih kurang 75 hari dan masih dijalankan sehingga kini. Antara lokasi utama penggambaran dijalankan di Malaysia iaitu Kampung Orang Asli Kuala Boh (Cameron Highlands), Sungai Lembing (Pahang), sekitar Kuala Lumpur dan Studio Pinewood Iskandar (Johor Bahru).

Drama 'Sembilan' ini juga dijangka menemui penonton secara eksklusif di saluran Astro Citra (131) pada bulan Februari 2019.










www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: