28 September 2018

SELAMAT BERSALIN - MIA AHMAD & SUAMI TIMANG 'BABY BOY'


Alhamdulillah... tahniah kami ucapakn kepada pelakon Mia Ahmad, 30, dan suaminya, Izham Tarmizi Roslan, 27, atas kelahiran anak sulung mereka yang merupakan bayi lelaki pada jam 11.15 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru.





Berkongsi berita gembira ini menerusi akaun Instagramnya, penjaga gol pasukan bolasepaj JDT turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan indah itu dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isterinya.

"Syukur alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami tadi. Terima kasih kepada yang mendoakan. It's a boy," katanya.

Klik untuk gambar besar


Begitupun ketika dihubungi BH Online, dia memaklumkan, bintang drama rantaian 'Hati Perempuan' itu melahirkan bayi seberat 3.2 kilogram itu secara normal.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan itu lebih-lebih lagi cahaya mata sulung mereka dilahirkan pada hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan.

Untuk makluman, Mia dan Izham sah bergelar suami isteri pada 13 Januari 2017. Mia mengumumkan beliau hamil pada April lalu selepas dilaporkan mengalami keguguran beberapa bulan sebelum itu.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Instagram Izham Tarmizi Roslan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: