28 September 2018
BEDAH SABTU INI - DAYANGKU INTAN SUDAH SEDIA DERMA
"Hendak kata rasa takut tidak juga... Sebaliknya saat ini saya tiba-tiba rasa rindukan pada ibu saya pula. Sebenarnya orang tidak perlu takut untuk menderma organ mereka sekiranya memenuhi syarat ditetapkan kerana pembedahan ini Insya-Allah selamat kecuali dengan kehendak-Nya," kata penyanyi era 1990-an, Dayangku Intan yang berharap semua mendoakan pembedahannya dan suami berjaya.
Kata Dayang, dia tidak berasa gentar untuk menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang kirinya untuk suami, Rosman Yahil yang dijadualkan pada pagi Sabtu.
Ketika dihubungi mStar Online, Dayang memberitahu dia sebaliknya berharap apa dilakukan dapat menjadi inspirasi kepada masyarakat agar tidak berasa takut untuk menderma organ mereka kepada insan tersayang atau pesakit memerlukan.
Dayang dan suami kini sudah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara sebelum menjalani pembedahan pada pukul 8 pagi Sabtu.
Klik untuk gambar besar
Penyanyi lagu 'Berpaut Di Dahan Cinta' itu memberitahu, pembedahan ke atas dirinya dijangka memakan masa selama tiga jam manakala suaminya akan mengambil masa lebih daripada itu.
Dalam pada itu, Dayang berkata, sekiranya pembedahan itu berjaya, suaminya berkemungkinan tidak lagi perlu melakukan rawatan dialisis seperti mana sebelum ini.
"Saya akan masuk ke bilik pembedahan 30 minit awal sebelum suami pula menyusul," ujarnya. Besar harapan saya pembedahan ini berjaya... Insya-Allah jika buah pinggang saya serasi dengan suami mungkin dia tidak perlu lagi buat dialisis.
"Pada peringkat awal, doktor memberitahu suami masih perlukan dialisis tetapi jumlahnya akan berkurangan tidak seperti mana sebelum ini," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Dayang memberitahu dia dan suami amat mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang ingin menyumbang bagi meringankan kos pembedahan selain rawatan susulan selepas pasca pembedahan.
Sementara itu, Dayang memberitahu dia ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada kaum keluarga, sahabat dan sesiapa yang mengenali dirinya sekiranya dia pernah mengguris perasaan mereka secara sengaja atau pun sebaliknya.
"Saya juga mohon kepada semua agar mendoakan kami agar selamat menjalani pembedahan dan kembali pulih selepas ini," tuturnya.
Sumbangan yang ingin disalurkan boleh dibuat terus ke akaun CIMB 7004467729 (Rosman Yahil) atau Bank Rakyat 22-062-126101-8 (Tengku Intan Tengku Abdul) Hamid).
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment