28 September 2018

ELIZABETH TAN BERTUDUNG - PEMINAT PUJI & DOAKAN


Menerusi lsebuah posting terbaharu di laman Instagramnya, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan telah menarik perhatian ramai apabila berkongsi gambar dirinya sedang bertudung.





Dalam entri tersebut, penampilan terbaharu yang dikongsikan oleh Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy, adalah sebagai memenuhi tuntutan wataknya sebagai Ain dalam drama terbaharu lakonannya.

"Assalamualaikum, nama saya Ain. @senafasrindu . #senafasrindu," tulis penyanyi lagu 'Police Entry itu'.

Rata-rata memuji kecantikannya dan tidak kurang juga ada yang mengusik Lizzy untuk dijadikan pasangan mereka.

"@khrulalfsyhr_@:Sesungguhnya ciptaan tuhan itu elok-elok semuanya. Tetiba nampak masa depan. Comelnyaaaa."

Klik untuk gambar besar


"@syahmi.ynwa: Waalaikumsalam Ain nak pergi mana tu Ain? Jangan jauh sangat sebab Ain love with you. (I in love with you) cia cia cia."

"@zairihasim: Makkkk! Saya dah jumpa jodoh. Tetiba sahaja bergetar tulang rusuk abang dibuatnya."

"@firdaus_firrah: So beautiful, Semoga diberi hidayah macam abang @adamcorrielee."

Foto yang dimuatnaik oleh Lizzy telah mendapat lebih 100,000 tanda suka, selain lebih 5,000 komen.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: