25 September 2018

TAHNIAH - AMANDA MISBUN HAMIL ANAK KETIGA


Menerusi Instagram peribadinya, adik kepada pelakon popular Haliza Misbun iaitu pelakon Amanda Misbun telah berkongsi sekeping foto imbasan ultrasound sekaligus mengumumkan bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.





"Hi there, lil one! We can see you swimming in mommy's tummy!" tulisnya bersama sekeping foto kedua-dua anaknya memegang foto imbasan ultrasound itu.

Amanda kembali popular menerusi drama 'Cinta Bukan Kristal' lakonan bersama Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad baru-baru ini.

Pelakon itu telah mendirikan rumah tangga bersama Hairulzain Fauzi dan dikurniakan dua cahaya mata, Qisha dan Abdul Khaliq.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Amanda Misbun


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: