04 September 2018

TAHNIAH - ASHRAF MUSLIM TIMANG ANAK KE-4, PEREMPUAN


Pada pukul 5.35 petang semalam, pelakon Ashraf Muslim telah menimang anak keempatnya selepas isteri kedua iaitu Wan Sakinah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07 kilogram.





Ashraf, 36, turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah atas kurniaan yang tidak ternilai itu.

"Assalammulaikum semua. Syukur, Alhamdulillah. Keluarga AM @ashrafslegacy bertambah lagi. Terima kasih Allah untuk kurniaan yang tidak ternilai ini.

"Alhamdulillah, isteriku, Sakinah telah selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 3.07 kilogram pada pukul 5.35 petang semalam. Terima kasih ibu," katanya.

Klik untuk gambar besar


Ashraf berkongsi berita gembira tersebut dengan memuatnaik foto keluarga bersama bayinya di laman Instagram hari ini.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial turut mengucapkan tahniah buat Ashraf sekeluarga dan mendoakan bayi serta isterinya dalam keadaan baik.

Tambah Ashraf lagi, dia berharap kehadiran anak perempuannya itu membawa ukhwah mereka sekeluarga bertambah erat.



Malah, dia mendoakan agar bayinya menjadi anak yang solehah, sri kandi yang hebat di mata Allah, sihat dan seorang yang penyayang seperti anak-anaknya yang lain.

"Selamat datang ke dunia anakku. Ayah, mama, ibu, Sarah, Adam dan Anas semuanya teruja tau. Semoga menjadi anak yang solehah, sri kandi yang hebat di mata Allah, Sihat dan seorang yang penyayang seperti kakak dan abang-abang okey.

"Satu lagi, semoga kehadiranmu anakku membawa ukhwah kita sekeluarga bertambah erat. Amin, Insya-Allah. Doakan AM sekeluarga ya," ujarnya yang mempunyai dua isteri iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Ashraf sebelum ini mempunyai tiga cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah Ashraf, 4, Anas Ashraf, 3 dan Adam Ashraf, 2.




/>

www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Ashraf Muslim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: