04 September 2018

SEDANG SAKIT - ZARINA NAFI 'MENGANDUNG' DENGAN ISMAIL


"Anju jangan mati dulu orang semua nak dengar cerita pasal Mael (Ismail Izzani)... ok ok aku cuba aku tengok bill pun Aku dah mati 2 kali tadi bangun balik untuk mengucap now nak mati balik ni.





"Demam tonsil tahap nak mati. Bukan mengandung dengan Mail," kata pelakon Zarina Anjoulie, 32, yang memberitahu dia kini sedang sakit tetapi bukan kerana hamil anak penyanyi Ismail Izzani atau digelar sebagai nama Mail.

Nama Zarina kembali panas pada hujung minggu lalu selepas foto mesranya seperti dipeluk oleh penyanyi berusia 18 tahun, tersebar.

Malah ramai yang tertanya-tanya apakah hubungan sebenar Zarina dengan penyanyi lagu 'Luar biasa' itu.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, foto mesra Zarina dengan anak kepada Suliza Salam ini tersebar selepas rakan baiknya juga seorang pelakon, Fathia Latiff di IGnya meminta Ismail menghubungi pelakon drama 'Anak Pontianak' tersebut.

Bagaimanapun, Fathia bertindak memadam gambar tersebut tidak lama kemudian selepas pengikutnya menghentam Zarina yang berpakaian seksi dalam foto berkenaan.

Selain itu, penyanyi yang popular menerusi lagu 'Sabar' itu telah pun tampil meminta maaf atas keterlanjurannya.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: