04 September 2018

WAJAH TERKINI: KURANG SIHAT - DOAKAN KESIHATAN PAK LAH


"Dimaklumkan Tun Abdullah Ahmad Badawi Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 (Pak Lah) kurang sihat kebelakangan ini.





"Marilah kita sesama berdoa agar Pak Lah diberi kesihatan yang baik dan disembuhkan penyakit yang dialaminya oleh Allah S.W.T.," tulis Tengku Raja Alam Shah mengenai bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Hj Abdullah Ahmad Badawi yang kini sedang mengalami masalah kesihatan.

Selain itu menerusi Tweet yang sama, Tengku Raja Alam Shah turut memuatnaik gambar terkini Tun Hj Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Lah bersama isterinya, Tun Jeanne Abdullah.

Gambar berkenaan yang melihatkan perubahan fizikal terkini Pak Lah itu telah tersebar di media sosial.

Rata-rata netizen terkejut dengan perubahan fizikal yang berlaku kepada 'Bapa Pembangunan Modal Insan' itu. Oleh itu, marilah kita sama-sama doakan kesihatan Pak Lah kembali sihat seperti dulu.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Twitter Tengku Raja Alam Shah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: