05 September 2018

SUAMI HADIAHKAN MILA MERCEDES-BENZ SETENGAH JUTA


"HADIAH dari MENTOR a.k.a Suami tercinta" - Gembira tak terkata! Walau pada awalnya saya berfikir en suami hanya bergurau senda 2 hari lepas 🤣....





"Saya bertanya: "Kenapa hadiahkan saya kereta ni??" Jawap en suami "This is your dream car... and as a rewards for your achivement & effort to our business"

"Saya bertanya lagi: "Siapa nak drive kereta ni??" Jawap en suami " Driver lah takkan you 🤩" HAHAHA.. #Allahuakbar, segala nikmat ini milik ALLAH... Alhamdulillah, terima kasih @isz_mustapha for this GIFT... you know...

"U and Arif is the BEST GIFT for me and nothing can beat that 😁 #SweetTakSweetTak?? HAHAHA," tulis penyanyi Mila Jirin yang gembira apabila suaminya, Isz Mustapha membuat kejutan menghadiahkannya sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz S 400L AMG.

Klik untuk gamba besar


Menerusi hasil carian di laman web kenderaan mewah tersebut, harga kereta itu bermula daripada RM565,256 dan dihadiahkan suaminya tanpa disangka.

Rata-rata pengikutnya turut gembira dan menyifatkan Mila sebagai seorang isteri yang bertuah kerana mempunyai suami seperti Isz.

Penyanyi yang kini bergelar usahawan perkahwinan menerusi bisnes Bizmilla Catering ini berkahwin dengan suaminya pada 11 November 2015.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama, Mohd Arif Zikri pada 12 Mei 2017.




www.myartis.com / Sumber: Instagram Mila Jirin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: