05 September 2018

HIDAP KANSER ESOFAGUS - ZAIBO MOHON DOA


Sebelum ini, pelakon veteran, Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, hanya mempunyai masalah darah tinggi dan kolestrol.





Bagaimanapun, Zaibo memberitahu yang dia telah disahkan menghidap kanser esofagus (esophageal cancer) selepas dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

"Tak sangka tiba-tiba doktor mengesahkan saya kini menghidap penyakit kanser esofagus dan perlu menerima rawatan di Sungai Buloh.

"Saya sebenarnya menetap di Batu Pahat, Johor. Kemasukan ke Hospital Sungai Buloh pun atas keputusan Hospital Batu Pahat yang merujuk kes penyakit saya ke sini.

"Terus terang saya sebenarnya terkejut dan enggan hebohkan kisah sakit ini kepada masyarakat. Itulah sebabnya saya lari daripada orang kerana tak nak ada komen-komen negatif yang dilemparkan terutama di laman sosial.

"Ia boleh membuatkan bukan saya sahaja tapi keluarga juga akan turut tertekan," ujar pelakon siri 'Spanar Jaya' ini.

Tambah Zaibo, simptom penyakit dialami membuatkan dia tersedak dan muntah setiap kali makan dan kini hanya mengambil makanan dalam bentuk cecair.

"Saya memang tiada tanda-tanda sakit dan hanya bermula dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri lalu. Makanan sesuai buat saya sekarang ialah susu khas yang membekalkan zat kepada badan," katanya lagi.

Sudah lebih dua tahun tidak berlakon, Zaibo memohon agar semua pihak terutamanya rakan serta sahabat handai yang mengenali dapat mendoakan kesembuhan serta urusannya dipermudahkan.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: