05 September 2018
DAPAT PERHATIAN BLACKPINK - SARAH SUHAIRI TAK JANGKA
"Saya tidak jangka video itu mendapat reaksi masyarakat Korea dan ramai yang komen dan buat video semata-mata komen video saya menyanyikan lagu 'Ddu Du Ddu Du' minggu lalu.
"Malah, penyanyi asal Blackpink turut mengulang kicau video itu di Twitter milik mereka," ujar pendatang baharu, Sarah Suhairi yang mengakui terkejut apabila video dirinya menyanyikan lagu Kpop 'Ddu Du Ddu Du' di program Big Stage itu mendapat perhatian penyanyi asal Blackpink.
Persembahan pada minggu lalu menjadi tular dan trending di YouTube sehingga mendapat reaksi masyarakat Korea.
Sarah yang ditemui baru-baru ini berkata, dia tidak memahami bahasa Korea tersebut, namun belajar cara menyebut perkataan dengan betul.
Klik untuk gambar besar
Katanya, dia mengambil masa seminggu untuk belajal menghafal lirik lagu tersebut terutama bahagian yang memerlukan dia menyanyi rap.
"Ia cabaran buat saya kerana tidak pernah menyanyikan lagu Kpop kerana terpaksa menghafal lirik dengan sebutan yang betul.
"Alhamdulillah, walaupun tidak memahami apa yang saya nyanyikan, tapi menerusi maklum balas ramai yang kata sebutan saya hampir tepat," jelasnya.
Dalam pada itu, mengulas tentang perkembangan dirinya dalam program realiti berkenaan, Sarah berkata, dia cuba memberi saingan dan cuba yang terbaik pada setiap minggu.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment