05 September 2018

"LEBIH BAIK DARI DULU" - HAQIEM AKUI SEMAKIN PULIH


Penyanyi remaja, Haqiem Rusli dilihat banyak mendiamkan diri bagi memberi fokus kepada kesihatannya sejak mendedahkan dirinya mengalami masalah kemurungan sejak awal tahun ini.





Walaupun namanya agak tercalar dengan beberapa isu dan kontroversi sejak pendedahan itu namun Haqiem menerusi Twitternya pada Selasa memberitahu keadaannya semakin baik.

Kata penyanyi lagu 'Jatuh Bangun' itu, dia bukan lagi dirinya yang dahulu malah telah menunjukkan peningkatan termasuk dari segi persembahan, kemahiran komunikasi dan berkaitan muzik.

"Sekarang saya semakin pulih dah lebih baik dari dulu dari segi improvement atas pentas, my pr and all music stuff," katanya.

Dalam pada itu, Haqiem berkata, perubahan itu bukanlah berlaku sekelip mata sebaliknya setiap hari dia cuba untuk belajar menjadi seorang individu lebih baik.

Klik untuk gambar besar


Paling penting katanya yang berusia 20 tahun, perubahan itu untuk buat peminatnya tersenyum dan dirinya sendiri.

"Setiap hari saya belajar jadi lebih baik untuk buat mereka tersenyum dan aku tersenyum. I'm all good now. Happy," tulisnya lagi.

Sementara itu, peminatnya yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Qiemilio' menganggap status terbaharunya itu sesuatu yang positif dan baik untuk karier seninya.

Ramai turut mendoakan agar Haqiem terus menjaga kesihatan dan mereka sentiasa menyokongnya. Posting itu mendapat lebih 1,000 tanda suka dan 226 ulang kicau di Twitter.






www.myartis.com / Sumber: mStar & Twitter Haqiem Rusli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: