05 September 2018

"DAH 'SEDAP' DENGAN GF, AKU KENA BAYAR" - ZARINA ANJOULIE


Kontroversi antara penyanyi remaja, Ismail Izzani dengan pelakon Zarina Anjoulie dan juga Fathia Latiff sehingga kini masih lagi hangat apabila setiap hari netizen terus tertanya-tanya apakah yang berlaku sebenarnya antara mereka bertiga.





Terbaru, Zarina akhirnya mendedahkan isu sebenar beliau bersama Ismail menerusi sebuah video yang dimuatnaik ke akaun Instagramnya.

Menurut Zarina, Ismail telah menggunakan bilik hotel atas namanya untuk memadu asmara dengan teman wanitanya dan turut memesan makanan melalui ‘room service’.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, penyanyi lagu 'Luar Biasa' itu tidak menjelaskan langsung bayaran yang dikenakan sehingga mencecah ratusan ringgit, oleh kerana bilik itu atas nama Zarina, beliau pula yang kena menanggung segala hutang.

Zarina juga membidas komen netizen mengatakan beliau dan Fathia sengaja ingin mencari perhatian ataupun publisiti murahan. Katanya, beliau mempunyai bukti yang kukuh termasuklah foto Ismail yang sedang mabuk bersama teman wanitanya.

Wow, agak panas juga segala pendedahan Zarina kali ini. Adakah benar anak kepada penyanyi era 1980an, Suliza Salam ini bersikap sebegitu?








ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO


www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: