28 September 2018

TERHANTUK MEJA KACA - ANAK YANA SAMSUDIN TERIMA 6 JAHITAN


"Mommy so sorry last night...😥 tak jaga mateen dengan baik... sorry @fadzilzahari 😪. Kami balik kampung Yong Peng semalam...





"Split second je mommy tak tengok mateen, mateen lari dan jatuh terhantuk meja kaca...🙏🏻😢," tulis pelakon Yana Samsudin mengenai putera sulung, Aisy Mateen yang menerima beberapa jahitan selepas kepalanya terhantuk pada meja kaca.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Yana memberitahu kejadian itu berlaku ketika mereka sekeluarga berada di kampung halaman.

Sebagai ibu, Yana akui berasa sedikit terkilan kerana terlepas pandang ketika menjaga anaknya. Dalam pada itu, Yana juga turut berkongsi foto ketika Mateen menerima rawatan di akaun Instagramnya semalam.

Foto tersebut merakamkan wajah Mateen beserta bahagian keningnya yang berjahit. Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-ratanya pengikutnya mendoakan agar Mateen cepat sembuh.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Instagram Yana Samsudin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: