02 October 2018

11 FOTO - SEKITAR MAJLIS PERSANDINGAN IZREEN & UDE


Petang tadi telah berlangsung majlis persandingan pelakon Izreen Azminda dan suaminya, Ude Wahid yang diadakan secara sederhana selepas setahun lebih berkahwin.





Dalam majlis tersebut, Izreen kelihatan sangat cantik dan anggun menggayakan gaun serba putih, manakala Ude pula segak berbaju Melayu juga warna putih.

Momen indahnya tersebut telah dikongsikan oleh pelakon drama bersiri 'Terpaksa Aku Relakan' itu menerusi laman Instagramnya.

Berlatarbelakangkan pelamin berwarna kuning bak diraja, ia menaikkan lagi seri 'pengantin baru' itu.

Terdahulu, pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos tahun lalu di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapa Izreen, Mohd Aznam Mohd Noor.

Klik untuk gambar besar





















www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Izreen Azminda & @amirnaufalphotography


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: