02 October 2018

"UCAPAN SAYA SEKADAR LUAHAN HATI" - AYDA JEBAT


Penyanyi Ayda Jebat sebelum ini dikecam apabila ucapan ketika merangkul trofi Lagu Terbaik Malaysia di Anugerah Planet Muzik (APM 2018) baru-baru ini di Singapura itu seakan 'menyindir' Malaysia.





Ramai yang tidak setuju dan menganggap Ayda mempertikaikan bahawa industri muzik tanah air tidak boleh menerima sebarang pembaharuan apabila lagunya 'Mata' tidak dapat diterima di Malaysia.

Dikecam teruk kerana kata-katanya itu, Ayda memberitahu beliau sedikit pun tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak. Apa yang diucapkan hanyalah sekadar luahan hatinya.

"Ucapan saya sekadar luahan hati sebab lagu 'Mata' jarang dimainkan di stesen radio tempatan. Barangkali ia diputarkan ketika promosi saja.

Klik untuk gambar besar


"Saya kira mungkin elemen lagu ini belum menepati kehendak stesen radio atau pendengar, namun dengan saya berharap kemenangan di APM boleh membuka mata orang yang sebenarnya negara luar menyukai konsep lagu yang sebegini.

"Saya tiada niat untuk tujukan ucapan itu kepada sesiapa. Bagi saya, rezeki Allah itu luas jika tidak di negara sendiri, mungkin ada di tempat lain," katanya.

Terdahulu, ramai yang mempercayai ucapan Ayda ada kaitan dengan kontroversi sebelum ini dimana lagu 'Mata' gagal ke pentas AJL 32. Netizen berpendapat, ianya tidak wajar untuk Ayda membuat ucapan yang ‘kurang cerdik’ itu kerana seakan memburukkan Malaysia.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: