02 October 2018

TUNTUTAN SAMAN RAFIENA GAGAL - DIDIE ALIAS BERSYUKUR


"I call it Alhamdulillah. Apa yang rakyat Malaysia selama ini berfikir segalanya telah terbukti. Saya akan ceritakan kepada anda segalanya yang telah terjadi di mahkamah nanti.





"Terima kasih kepada mak dan seluruh ahli keluarga yang telah mendoakan saya," kata pelakon dan pelawak, Didie Alias yang nyata tidak dapat menahan sebak sejurus keluar daripada mahkamah selepas hakim memutus tuntutan saman Datuk Rafiena ke atas dirinya gagal.

Katanya, dia bersyukur kehadrat Ilahi kerana segala kebenaran tentang dirinya telah dapat dibuktikan pada hari ini. Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Didie menerusi sebuah video yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar


Diruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah kepada ibu kepada 6 orang anak itu diatas perkhabaran yang baik tersebut.

Tahun lalu, penerbit drama Datin Rafiena telah menfailkan tiga tuntutan saman terhadap Didie kerna mendakwa pelakon tersebut gagal menjalankan tugas sebagai penerbit eksekutif bagi drama, 'Syurgaku Tak Sempurna'.








www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Instagram Didie Alias


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: