02 October 2018

USIA ANAK 6 TAHUN DIPERSOAL - FATIN AFEEFA AKUI NIKAH 2 KALI


Baru-baru ini, pelakon yang pernah popular menerusi filem 'Tentang Bulan', Fatin Afeefa telah memuatnaik foto bersama anak sulungnya, Adam Aisy Arrian yang baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-6.





Bagaimanapun, posting tersebut menjadi perhatian netizen yang mempersoalkan adakah anak sulungnya itu hasil dari perkahwinannya dengan bekas suami, pelakon Adam Shahz.

Netizen mengetahui yang Fatin mendirikan rumah tangga ketika berusia 19 tahun, namun perkahwinannya bersama Adam Shahz hanya mampu bertahan selama tiga tahun.

Fatin telah tampil menjawab persoalan tersebut dengan menyatakan ananya itu bukan dari 'lelaki' itu.

Klik untuk gambar besar


Segala persoalan dari netizen dijawab tenang oleh Fatin yang menyatakan bahawa dia pernah berkahwin sebanyak dua kali, namun hanya perkahwinan keduanya sahaja yang dikongsikan kepada umum.

Pelakon drama 'Red Velvet' itu juga mengatakan anak sulungnya itu adalah hasil dari perkahwinan pertamanya yang tidak pernah didedahkan.

Terdahulu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Adam pernah mengejutkan netizen apabila mendedahkan anak sulung mereka itu merupakan anak angkat.












www.myartis.com / Sumber: Ohmymedia


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: