02 October 2018

SEGMEN 'MTV ASIA SPOTLIGHT' - HAEL BANGGA TERPILIH


"Saya tidak tahu apa kriteria yang menentukan seseorang penyanyi dipilih menghiasi segmen MTV Asia Spotlight. Saya bagaimanapun, bersyukur kerana pemilihan ini membolehkan saya berkongsi aspirasi dan lagu dengan lebih meluas.





"Selain lagu, mereka turut memaparkan temu bual bersama saya menerusi program khas secara selingan sepanjang bulan ini, bermula hari ini (semalam - 1 Oktober 2018). Antara penyanyi yang pernah terpilih menghiasi segmen itu adalah Yuna, Agnes Monica dan bulan lalu, Afgan Syah.

"Peluang ini cukup berharga kerana sepanjang 12 tahun mencari tapak dalam industri bukan sedikit cabaran yang perlu saya lalui," kata penyanyi Hael Husaini yang berbangga usahanya selama 12 tahun membina tapak selesa dalam industri muzik mendapat perhatian MTV Asia apabila diangkat sebagai artis pilihan untuk bulan ini.

Hael yang popular menerusi lagu 'Jampi' berkata, peluang yang diberikan itu membantunya untuk memperkenalkan nama di rantau Asia apabila saluran itu menyiarkan lagu dan temu bual bersamanya menerusi klip selingan.

Klik untuk gambar besar


Pemilik nama sebenar, Hal Husaini Razmi, 31, berkata, sejak dua tahun lalu, saluran televisyen itu memilih artis berbeza dari Asia Tenggara untuk melalui proses saringan sebelum paparan mengenai kerjaya seni mereka disiarkan.

Dalam perkembangan lain, Hael turut menerima pencalonan awal bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke- 31.

Penyanyi yang juga komposer itu juga tidak mampu menyembunyikan keterujaannya apabila terus meraih sokongan peminat yang sentiasa menyuntik semangat untuk memberikan hasil kerja terbaik.

Hael menegaskan, selain mempertaruhkan hasil kerja berkualiti, populariti turut memainkan peranan penting kepada mereka yang berjuang dalam industri hiburan.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: