02 October 2018
TEMUKAN DSV & AISHAH - ALIFF SYUKRI NAFI GIMIK PEMASARAN
Kemelut yang berlaku antara juara Gegar Vaganza 4 (GV4) iaitu Aishah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) sebelum ini hangat diperkatakan.
Semuanya bermula apabila Aishah mendedahkan DSV selaku penaja program tersebut memberikan beliau hadiah rantai berlian palsu. Pelbagai isu yang timbul mengenai perkara itu.
Tahun ini pula, Datuk Seri Aliff Syukri pula yang menjadi penaja utama Gegar Vaganza 5 (GV5) dan beliau pula berniat untuk mempertemukan DSV dan Aishah untuk menyelesaikan segala masalah yang sedang mereka hadapi.
"Walaupun tidak terlibat dalam permasalahan ini, namun saya terpanggil untuk masuk campur dan menawarkan bantuan kerana kedua-duanya adalah kenalan baik saya dan mahu menjernihkan hubungan mereka.
"Saya sudah pun berbincang dengan Astro mengenai hal ini dan butir perbincangan akan dimaklumkan kepada umum usai pertemuan tersebut diadakan kelak," katanya.
Klik untuk gambar besar
Aliff pada masa yang sama menafikan beliau cuba mencetuskan gimik mahupun menangguk di air yang keruh untuk melariskan lagi produknya. Niat beliau cuma satu, ingin melihat kedua-dua wanita itu berbaik.
"Saya tidak berniat menunjukkan diri ini seperti malaikat, cuma membantu sekadar yang termampu. Sebagai penaja utama program besar seperti ini, jika permasalahan ini tidak diselesaikan dengan baik, barang kali secara tidak langsung akan menjejaskan nama baik syarikat saya.
"Jadi, inilah peluang terbaik untuk dimanfaatkan bersama agar kekeruhan itu dapat dijernihkan kembali," jelas pengasas produk D'Herbs itu.
Harapnya segala perancangan ini berjalan lancar dan bolehlah Aishah dan DSV bertemu empat mata untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan berbincang untuk menyelesaikan segala masalah mereka sebelum ini.
www.myartis.com / Sumber: Utusan
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment